Posts

Showing posts from 2019

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم Salam Sejahtera, Salam Pendahuluan, Salam Muqaddimah... Kisah yang akan saya kongsikan adalah kejadian yang benar - benar terjadi ke atas diri saya. Suka saya kongsikan bukan bertujuan untuk mengaib kan mana - mana pihak, tetapi demi keselamatan dan kebaikan bersama sesama insan adalah lebih baik saya cerita hal yang sebenar. Ramai yang sudah tahu apa yang dimaksudkan dengan ilmu hitam dan munkin juga ada yang pernah terkena hal sebegini. Sesungguhnya perbuatan ini syirik dan menyekutukan Allah. Ilmu hitam punyai pelbagai jenis dan fungsi yang berbeza bergantung pada si pengamal. Inilah dikatakan bila nafsu sudah menguasai diri, sifat tamak, hasad dengki, cemburu, iri hati dan segala sifat terkeji, maka mulalah diri bertuhankan syaitan. Agama dijadikan boneka untuk berselindung. Mereka lupa akan kekuasaan yang maha pencipta. Segala puji bagi Allah.. Akan tetapi munkin ada yang belum pernah dengar atau mengetahui apa itu Sesempurna Ilmu Hitam. Kita sudah biasa den...